orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Pulau Pangkor : Part 1

Salam everyone! 

Okay sebab sekarang I just take 5 je from study so kita buat entri ni santai-santai je, eh? :)

This is my second time backpacking (travel) after Malacca! Still in the same year which is last year, 2016. 

Spoiler alert : Journey to Malacca was the best one ever! It deserved my money :') Maybe because I love Malacca and it feels so close to my heart. hehe

Day 1: Time ni serious undecided nak pergi mana. UNPLANNED! Nak pegi PD lah, Genting lah itu lah ini lah lepas tu pilih antara Pulau Pinang or Pulau Pangkor. Di saat-saat akhir tu memang dah decide ok nak pegi Pulau Pinang but then macam apa yang menarik di Pulau Pinang? Last sekali, pilih Pulau Pangkor sebab.............. rasa nak pergi. HAHA

Masa tanya tiket, untuk haritu takde tiket dah. Kalau ada pun pukul 9 malam. Memang tak la kan nak beli. Pastu pergi la ke KL Sentral nak tanya tiket kat sana pulak. (ok time serious tak tahu KL Sentral tu just ada few destinations punya tiket dia jual) means kaunter kat situ just jual tiket for certain destinations je. 

SO SAD! 

Nasib baik ada McD 24 hours. Lepak la situ. 
Pastu bosan nak mati, ngantuk semua, pastu ingat nak tengok wayang kat NU Sentral tapi macam malas gila movie semua tak best. Pastu decided nak tidur je kat area kaunter tiket tu sebab ramai tidur situ. Masa ni tak selesa gila................. rindu gila keempukan katil :'( pastu tidur jugak kat situ. Kelakar pun ada.

Day 2: Dengan mengantuknya, lapar apa semua and tak mandi terus amik Uber pergi TBS. Dalam RM14 dari Kl Sentral ke TBS. Kat TBS beli tiket and memang ramai gila orang. Tiket 1 kepala for RM30 something I forgot :( and gerak pukul 1 pm. 

Sampai pukul 7 pm tepat kat Lumut. Time sampai kat terminal feri tu, banyak gila bazaar bukak. Rasa nak pegi tapi orang yang kerja agensi-agensi pelancongan ni dah serbu dulu tanya dah ada hotel ke dah tahu nak naik apa masa kat pulau. I was like....... er tatau. Pastu dia kata ok beli dulu tiket feri sebab feri last pukul 8 pm / 8:30 pm (not sure). Pastu beli tiket feri dulu. RM10 pergi balik. 

Pastu sorang makcik ni tanya la dah ada hotel ke? I cakap dah ada. Pastu dia tanya pasal kenderaan and suggest sewa motor kat dia. RM120 for 3 days. Kalau naik teksi pink mahal. Ok sewa la motor. Pastu dia bagi contact number semua and terus pergi kat feri. 

Dalam feri tu rasa boleh rehat jap. Best jugakla. Tapi tak nampak apa sebab dah gelap (malam). Pastu duduk dek luar kejap sejuk gila pastu masuk and sampai dah Pulau Pangkor. Time sampai terus amik motor and pergi bank and isi minyak. Dalam fikiran keluar RM300 je dulu buat lepas bayar hotel and makan. Sebab kalau keluar banyak sukahati la nak belanja nanti. Stesen minyak ada 1 je hokey. 

Time nak ke hotel tu, jauh jugak. Pastu kat satu area ni, Pulau apa tah, ada banyak bazaar and kedai and hotel. Korang boleh la shopping makan kat situ. Nak OTW ke sini korang akan jumpa KFC, 7Eleven and sebuah kafe hipster (jeng jeng jeng).

ok nanti sambung , dah habis take 5! bye


Labels: , , , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥