orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Life after got my SPM RESULT!

assalamualaikum semua!

ALHAMDULILLAH!!! segala puji-pujian dan kesyukuran aku panjatkan kepada Allah swt :)

bersyukur sampai tak terhingga nak aku gambarkan, ketenangan yang aku rasakan, dan senyuman dari ibu bapa yang tak ternilai aku nak katakan. yela, sebelum ni UPSR & PMR memang ada A, tapi tak mencapai tahap yang membanggakan malah, boleh aku katakan agak menyedihkan sebab walaupun masa trial I did my best, but ended up.... HANCUR............ 
balik rumah takde sapa kesah pasal kau, kena marah, kau duduk dalam bilik menangis teruk, baca cara nak 'tidur', off phone, baru sedar nak belajar betul-betul, kena perli lagi sebab kat Buletin Utama ramai pelajar cemerlang nangis-nangis peluk mak ayah....... aku? HAHAHAHAHAHAH! 

itu cerita lama, guys :')

okay, aku nak story apa jadi masa tu.

3 hari sebelum 3 march 2016 tu, aku rileks je. bila orang cakap nervous lah apa, aku terus cakap dalam hati "idc!!!" sebab tanak aku sekali ikut gementar sampai takleh tidur. entahlah, macam bajet je lebih, tapi serious aku tanak semua rasa uneasy tu menggangu kehidupan harian aku.........

malam tu, aku tidur macam biasa. tidur lewat. sempat main twitter semua. 
pagi tu, baru rasa seram seram. hehe, aku cakap dengan kucing-kucing kat rumah aku, suruh doakan aku. dorang pun macam rasa aku ni annoying. tapi kesah apa, aku mummy dorang! haruslah dorang doakan aku! nanti aku beli lah makanan best-best. hehe! btw, ayah aku taktahu pun haritu nak kena ambil result. aku diam je. nanti dapat result tak okay, aku malas je nak tengok kekecewaan dia. mak aku dah tau. aku dah kawtim dengan dia. pape jadi, aku nak lari. HAHAHA! 

aku agak nak gerak lah pukul 12 tengahari camtu. ayah aku kan taktahu, so dia hantar aku kat bustop. ingat aku nak gi kerja lahtu. tengah tunggu bus free, tetiba satu group perempuan kelas science a.k.a ex-classmates aku datang. dorang semua berbaju kurung. baru lepas amik result. semua nak gerak sunway time tu. aku pulak pakai baju biasa tapi bawak la baju spare. pastu ana, fasihah and yang lain aku tak sure, terus peluk aku and cakap tahniah. aku macam, "huh? pebenda korang ni?" dorang cakap, nama aku dah diumumkan tadi awal-awal. aku macam, yeke? korang salah dengar kot. mana tahu syahirah lain. ish cepat-cepat aku buang persoalan tu and cakap alhamdulillah banyak kali. pastu tak fikir panjang, terus je aku sarung baju kurung aku kat situ gak, panas pun panas lah. 

okay skip ah, penat nak taip.

dah sampai sekolah tu, meja semua dah nak kena kemas. yang tak amik result tinggal 2 orang je. aku and juliana, classmate aku. 
pastu sorang pelajar sebelah cikgu aku tu dia tukang bagi slip. pastu dia cakap, "cantik result akak," aku pun sengih je. pastu cikgu aku soh sign and dia bagi slip. aku terus tanak tengok. pastu cikgu aku tetiba bukak depan aku pastu dia suruh aku kira berapa banyak A aku dapat. aku kira la, okay betul. cikgu tu dah la sayang aku gila. aku pun sama sayang kat dia. bagi aku dia macam mak aku nombor 2! dah la masak sedap! banyak kot benda dia buat semata-mata untuk aku. pastu dia cuma tanya aku, "susah ye nak dapat A+ untuk BM, syahirah?". sebab dia ajar aku BM and aku pelajar dia paling okay la. sebab tu aku dengan dia macam anak & mak. sebab BM. aku sendiri pun tak pasti. aku pun tak tahu apa aku buat. BTW, karangan bahagian A kertas 1, (kertas 1 kan yang karangan tu?) aku tak sempat buat sangat! tak silap aku pasal hari guru. camtu lah. aku sibuk buat karangan bahagian B yang 100 markah tu. nak dekat 10 helai aku menulis. pastu lagi 25/15 minit aku tak sure, baru aku buat bahagian A. fikir idea lagi, pendahuluan yang umphh lagi.... lastly, aku buat je. sampai lah pengawas tu nak kutip aku masih menulis. dahla dia kutip paper row aku dulu. redha......... 


paper lain aku jawab macam biasa. tahu jawab, tak tahu jawab je. jangan tinggal! 

lepas tu kena tangkap gambar bla bla.... biasa lah tu.

pastu pergi sunway... 

pastu malam tu aku tak dapat tidur lena............ 

aku tidur pukul 4 pagi kot. time kat sunway tu, kegembiraan aku dah habis. aku rasa kosong je. sampai lah sekarang ........... hahaha

aku ? 

dapat 7A. termasuk lah A+, A, dan A-. heeeee

nak cakap, masa belajar kau boleh enjoy tapi ingat lah belajar jugak. time belajar tu belajar. jangan malas sangat. aku dulu dengan sarvinder boleh kata ada movie baru je kiteorang dengan baju sekolahnya terus pegi tengok kat jaya mall. tapi sebab kiteorang dah ada jadual belajar, balik je dari tengok wayang, kiteorang belajar sampai lebam. bukan sebab kita tuisyen kat tempat bagus ke apa, tapi tu lah. time study, study je. phone pegang kejap-kejap. kalau ada class tambahan free, kau join je. kiteorang punya tips? rasanya habiskan sebanyak boleh buku latihan yang kau beli. dah habis beli baru. even 7A tu takdelah hebat sangat, tapi sekurang-kurangnya, lebih baik ada dari takde. banyak jumpa cikgu. kalau takut dengan cikgu A, jumpa cikgu B. mana-mana cikgu pun okay. ikut korang. jangan malu nak tunjuk kebengapan korang tu. sorok-sorok buat pe. aku ni macam bodoh gila time tanya soalan simple math kat cikgu. malu tu ada la tapi cikgu tak cakap aku bodoh pun. hahahaha!
pastu selalu suruh budak math kat kelas tu ajarkan aku, in return, aku ajar la dorang BI, Sejarah and BM.. selalunya 3 subjek tu la selalu dorang mintak tips. kahkah



kepada sahabat yang lain, tahniah atas usaha keras korang! good luck dan selamat berjumpa lagi! insyaAllah :)

Jutaan terima kasih kepada Allah swt, mak ayah, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang selalu jujur mengajar aku tanpa penat. :) sayang korang! aku doakan yang baik-baik buat semua! 


mama :')


HAAA, ni dia legend masa sekolah rendah. yang tu Liyana. budak pandai genius nak mati. BFF aku! dia paling pandai selalu nombor 1. tak pernah nombor 2. tak percaya? tanya lah cikgu and semua batch 1998 SKTDH2! perangai still macam dulu, Detective Conan's fans. yang sorang lagi ni, Amir Gibby. dah ada lesen kereta, so boyfriend material ko. tapi aku dah buat dia kena saman aritu, so aku tunggu gaji sebab nak bayar half. kesian dia. dia ni pulak tak nombor 2 nombor 3. tu jela. macam melekat je kat situ tak pernah turun. aku? aku sekadar top 5/10 je. LOL


ni aku. ada budak kat sekolah aku tanya aku cucuk vit C ke. HAHAHAH muka camni layak ke cakap aku gi cucuk vit C? btw, muka aku dah elok sebab aku cari dan perabih banyak duit. jangan la tanya macam mana, produk apa. yang penting try and error kayh~

Labels: , , , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥