orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Baik

Assalamualaikum . 

Hmm, ramai dah nak pindah . ingatkan semua pindah bulan jan-feb rupanya ada lagi bulan ni :'c
even takde la rapat sangat dengan dia , but still pernah jadi classmate selama 2 tahun :') 

kiteorang panggil dia joe . sebab nama dia aminuddin . dalam kelas kiteorang ada 2 orang nama amin . seorang lagi al-amin . nak bezakan dorang , yang aminuddin tu kiteorang panggil dia joe . macam takde kena mengena tapi nama tu lekat sampai sekarang . tapi dia suruh panggil dia amin sekarang , bukan joe . dia kata nama joe hanya digunakan bila ada al-amin . sekarang , dia pindah , tinggal la seorang amin je . 
semua sedih tahu dia nak pindah 5 march ni . dengar cerita , semua budak lelaki 4an quit pertandingan choral speaking sebab joe nak pindah . aku faham perasaan diorang . dah kawan dari sekolah rendah , macam mana tak sedih . see , lelaki pun sedih kawan dia pindah apatah aku ni perempuan :') 

aku banyak jugak la buat hal dengan dia masa jadi classmate dengan dia . tapi ye la , classmate means family . salah faham gaduh macam tu je . takde sampai menggila babi . dia pandai ! terutama math . aku segan nak suruh dia ajar kalau aku tak faham . faham je la macam mana budak pandai mengajar . cepat sampai aku tak larat nak pick up / catch up . kau bayangkan lah . . .

tadi , chat dengan dia kejap . tanya macam-macam la . mula-mula tujuan aku nak cakap sayonara dekat dia . minta maaf semua apa yang aku pernah buat . say thank you atas semuanya .  mula-mula okay je . pastu tetiba jadi satu perbualan yang panjang . yang sebak . yang buat aku terharu . kenapa ye , aku tak pernah fikir panjang ?



kiteorang cakap pasal kena buli la , suasana dan perangai budak-budak asrama yang mungkin akan terjadi . HAHAHA ye la masing-masing tak pernah duduk asrama . lepas tu , aku ucap tahniah sebab dia dapat sekolah sains . aku mula rasa rendah diri . dia kata pandai sebenarnya datang dari rajin . mungkin aku rasa rajin dah tapi mungkin rajin aku tak cukup lagi . dia ajar aku macam mana nak jadi baik . HAHAHA , actually bukan aku jahat macam ....... tah tak tahu nak explain . ada la nakal tu . kalau korang sekelas dengan aku tahu la nakal yang macam mana . dia kata aku kena janji dengan diri aku kalau aku nak jadi baik . contohnya , kalau aku janji taknak lawan cakap cikgu . tapi esoknya aku terlawan pulak . pastu esok lagi aku buat lagi sekali . dan kali ketiga aku terbuat lagi . kalau aku dah janji dengan diri aku , aku kena pastikan yang kali ketiga tu adalah yang terakhir aku langgar janji aku . sebab jadi baik bukan benda mudah . tak semudah seperti kita jadi nakal/jahat . dia nak aku kutip sampah yang aku jumpa , lepas tu aku buang . jangan buang merata tempat . kalau nak lagi senang , aku kemas kelas aku . lagi banyak aku buat kerja (kemas kelas) lagi banyak pahala Allah bagi . jangan conteng meja . jangan rosakkan barang . sebab nanti ada orang doakan yang tak baik untuk kita . jangan conteng buku teks yang aku dapat . kalau conteng , nanti tahun depan ada orang pakai . lepas tu dia tengok contengan tu mesti dia akan kata buruk betul perangai orang yang conteng ni . 

jaga hubungan dengan Allah swt . tu paling utama ! sebab Allah dah tentukan mana yang terbaik untuk kita . tapi kita yang tak sedar benda tu berguna . last sekali nasihat dari seorang sahabat , tutup aurat :D 

kita tak boleh buat semua dengan sekaligus . secara drastik . tapi selagi kita cuba , pasti ada jalan untuk kita jadi baik . semua Allah dah tentukan walaupun kita dah rancang sesuatu untuk masa depan . 
aku ada sesuatu yang aku rencanakan . macam mustahil bila aku fikir balik . tapi kalau Allah bagi , aku bersyukur . aku harap kalau dapat benda tu , ianya akan beri kebaikan untuk aku pada masa kini dan masa depan aku . in sha Allah :) ! 

Labels: , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥