orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

celaka ,

assalamualaikum .......



perlahan-lahan air mata jatuh , 
nah , benarlah , hari ini sedikit celaka sama seperti semalam ...........
mahu tidak mahu , ini lah takdir hidup aku . yang dah tertulis , 
aku sendiri pun masih belum terdaya nak mengubahnya ...
cuma yang aku tahu , hidup aku sedang berpaksikan pada orang yang terlalu banyak menabur budi sejak aku lahir . 

diusia ini , 
kehidupan bersama rakan-rakan amat bermakna bagi aku . 
mereka beri aku apa yang aku mahu . kegembiraan yang tiada batasan , 
memang kadang-kala tidak semuanya gembira sepanjang masa tapi buat masa sekarang , 
kita ketawa bersama , merasai sengsara bersama-sama ...
tidak dinafikan , setiap detik bersama mereka lebih kuhargai , 
walaupun mereka tidak memberi aku duit dan keselesaan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini , 
tapi mereka bagaikan merawat hati aku yang duka ...
mewarnai dunia aku dengan warna-warna pastel yang lembut , 
menghiasi wajah aku dengan gelak tawa mereka , 
menyentuh perasaan aku dengan keprihatinan mereka :'')

bila dulu aku kecil , 
aku teringin dan berharap moga aku cepat besar , 
moga aku dapat lihat masa hadapan aku . 
aku nanti , bagaimanakah ?

tetapi bila aku hanya beberapa langkah saja lagi nak menginjak dewasa , 
aku rindu akan zaman kanak-kanak , 
zaman penuh momen indah , 
zaman aku bebas bersuara tanpa ada orang terluka , 
kerana aku kanak-kanak ....

kini , 
aku umpama sekuntum bunga mekar , 
yang dijaga rapi boleh tuannya , 
luaran nya cantik , warna kelopak yang menarik , 
tapi hakikatnya , perlahan-lahan bunga akan layu , 
kerana matahari tak lagi sudi menyinari , 
kerana air tak lagi datang membasahi , 
perlahan - lahan aku layu , 
mati dalam kesedihan ,
yang tak bisa diungkapkan ....

Allah will wreck your plans when he sees that your plans are about to wreck you.

Labels: , , , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥