orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

permulaan .

assalamualaikum semua , 

pertama kali , maaflah sebab spam sejak dua menjak ni . idea datang mencurah-curah non-stop ;p hehehe 
mungkin idea datang sebab bercampur dengan emosi yang dah macam rojak mamak . 

permulaan sebuah fasa kehidupan yang baru pada tahun ini banyak benda baru juga yang harus dipelajari .
masih awal lagi untuk katakan ini tetapi itulah kehidupan aku sekarang . dah macam terkena kejutan budaya sebab semua benda yang baru ni tak pernah aku lakukan sebelum ini . jadi ianya agak "pelik" dan rasa semakin terbeban . 

kalau sebelum ni aku hanya perlu memerah otak sampai lunyai jawab soalan math biasa kali ni ditambah pulak add math yang berkali ganda level kesusahannya . walaupun belum lagi sepenuhnya menerokai add math tapi bagi aku apa je yang berkaitan dengan math memang mencabar minda . bukan set mind awal-awal math susah ni cuma congakkan je . hahaha 

kalau sebelum ni tak pernah-pernah jawab paper sejarah sampai 3 paper plus ada esei bagai so kali ni aku kena melaluinya . macam "lifeless" asal sejarah kena subjektif & esei tapi apakan daya tiada kuasa nak menidakkannya . mungkin kalau dulu masih boleh berbangga sejarah selalu score tapi sekarang langsung jangan harap nak letak harapan setinggi gunung everest sebab benda dah tak semudah dulu . buka buku sejarah form 4 pasal tamadun dah mula pening kepala . lolll

kalau sebelum ni karangan 120/180 patah perkataan je tapi kali ni kau kena buat berjela-jela mukasurat . ala kalau tulisan kau besar space yang kau guna mesti besar . lol takde maknanya . baru tadi aku cuba buat karangan yang cikgu suruh buat (padahal tu cuma untuk ujian lisan) tapi tetap semangat lebih . masa mukadimah , perenggan pertama & kedua gempak gila ayat & panjang berjela . masuk perenggan ketiga dah down idea tetiba hilang . otak lesu . padahal satu page pun tak habis lagi . dey , apa nak jadi ni . 

kalau sebelum ni aku benci khb yang bagi aku tak berapa nak penting sangat dengan kira-kira untung rugi walhal aku bukan peniaga , aset bukan semasa , liabiliti , kredit , debit whatever , setakat kayu-kayu , komponen dan syeleknya now aku kena ubah pandangan aku . disebabkan aku budak akaun , mungkin kayu-kayu , komponen dan syeleknya telah di-dropkan tetapi we meet again kira-kira untung rugi , aset bukan semasa , liabiliti , kredit , debit , what the ,,  kata-kata yang tak mampu diluahkan :'( . padan muka aku sebab dulu belajar benda ni sambil lewa / sambalewa :( kalau tak sekarang aku tak perlu gusar pun pasal prinsip akaun & ekonomi asas . semoga aku jadi seorang akauntan satu hari nanti . ewah

kalau sebelum ni aku belajar pendidikan islam tetapi sekarang tambah tasawwur islam . okay no doubt ni subjek kegemaran selepas sejarah . no worries :)

kalau sebelum ni aku ambil 8 subjek je , now aku amik 10 subjek ! gosh , can't drop I wanna die now . T^T

okay tu je kot permulaan setakat ini pada bulan januari . semoga aku mampu handle semua benda baru ni dengan efisen :) hehehe


selfie orang kehilangan idea menulis esei --'
bosan ah wall wana pink -.- harap boleh tukar ;p mohon ayah dengar permintaan anaknya ini 

kbai !!! :)



Labels: , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥