orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Love Story ♥

assalamualaikum :)




John dan Barbara ni sekelas . suatu hari, Barbara baru lepas putus cinta . balik je sekolah John terus telefon Barbara. Dia buat macam tu sebab nak Barbara gembira. Dia suka tengok Barbara senyum .
Sejak dari haritu, dorang selalu berhubung . 
Entah macam mana , suatu hari John telefon Barbara. Lepastu Barbara tanya satu soalan pelik .

Barbara : John, aku nak tanya sikit boleh ?
John : ye Barbara , tanya la :)
Barbara : Hmmm , kau suka sape ?
John : haha . asal tanya ?
Barbara : sajee.
John : hmm segan la nak cakap 
Barbara : ala , cakap je la. kata kawan baik 
John : aku suka dekat sorang perempuan ni. 
Barbara : sape ?
John : aku suka dengan perempuan yang tengah bercakap dengan aku ni.
Barbara : hoho , siapakah ? (buat-buat taktahu)
John : kau la Barbara 
Barbara : sape ? cakap balik tak dengar ! 
John : hish , kau laaa ! 
Barbara : hiks .... 

sejak dari haritu John selalu pandang si Barbara dalam kelas. Tapi Barbara ni pulak takde perasaan kat John. Bagi dia , dorang ni kawan baik je. tak tahu la macam mana , suatu hari, John bercinta dengan kawan baik Barbara. Barbara tak cemburu cuma dia terkejut. dan dia mula takut nak berhubung dengan John lagi dah. taknak nanti dia dan kawan baiknya bergaduh. tapi John tetap menghubungi Barbara. 

Suatu hari, teman wanita John dapat tahu yang Barbara dan John berhubung. teman wanita mana yang tak cemburu kan. Jadi, dia mula la soal siasat. Barbara mula rasa bersalah. dia menjauhkan diri dari John dan kawan baiknya itu ....
tapi tak lama lepastu , John putus juga dengan teman wanita nya atas sebab tak diketahui ... hanya mereka je yang tahu . (mungkin)
Barbara mula rapat semula dengan kawan baiknya itu.

akhirnya dorang naik ke tingkatan 2.
masa tu Barbara ni aktif sangat online facebook. ramai la orang sibuk nak berkenalan dengan dia. tapi dia mula rapat dengan bekas kawan baik dia sekolah rendah. nama lelaki tu Harry. dah hari-hari IM , dorang pun ada la perasaan sesama sendiri. tapi tak diduga juga , masa tu John dah makin berani nak meluahkan rasa cintanya kat Barbara. akhirnya Barbara mencabar John berjumpa dengan 2 orang rakan baiknya, iaitu Andrea dan Finn.

Keesokan harinya , John pun berjumpa dengan Andrea dan Finn. 
tapi sebenarnya Barbara ada sekali . cuma dia menyorok sebab nak curi-curi dengar perbualan dorang bertiga .

Andrea : John ! betul ke kau suka Barb ? 
John : yea .
Finn : serius ?
John : yea .
Andrea : kenapa suka Barb ?
John : sebab dia comel, cantik , awesome dan dia seorang yang memahami. 
Finn : so apa kau nak buat John ?
John : aku nak cakap kat dia aku suka dia .
Finn : tapi da ada orang sukakan dia . 
John : takpe la . asalkan orang tu jaga dia baik-baik. okay bye 
andrea & finn : hmmmm ...

Andrea : wei barb ! keluar la !
Barbara : yooo !
Finn : Barb ! kau dengar tak apa John cakap tadi ?!!!!!!!
Barbara : ye aku dengar ! 
Andrea : wahhh , untung la Barb ada pakwe lepasni :p

Masa kat rumah , Barbara berfikir ... dia perlu pilih sape. akhirnya Barbara pilih Harry atas sebab-sebab tertentu. akhirnya bercinta la diorang dengan begitu bahagia. tapi .... sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya. hubungan cinta dorang kian retak disebabkan hal yang tak tahu dari mana puncanya. akhirnya hubungan mereka tergantung ... sebab masa Barbara dengan Harry masih bercinta tapi masa tu gaduh , Harry pergi buat skandal. lepas jea Barbara dapat tahu, dia terus buang nombor Harry . walaupun Harry mesej dan telefon dia banyak kali, dia langsung tak layan ....

sejak dari haritu la , Barbara mula rapat balik dengan John .... John ikut jea mana Barbara pergi. pastu John cakap yang dia saje je buat exam last year main-main sebab nak turun kelas . dia nak sekelas dengan Barbara. Barbara pun turun kelas. pastu Barbara bercinta dengan sorang budak kelas dia ni. John tak puas hati. Dia sampai sanggup menyamar jadi budak lelaki tu semata-mata nak mesej dengan Barbara. tapi akhirnya John mengaku juga yang sebenarnya itu dia. 

Lepas Barbara putus dengan lelaki tu, kawan John nak mengusik Barbara. dia ambil beg bekas teman lelaki Barbara pastu taktahu la dia nak buat apa dengan beg tu. tetiba , bekas teman lelaki Barbara lalu dan kawan John terlepas beg tu atas kepala Barbara. Barbara yang terkejut tu pun tercampak beg tu. apa lagi , mengamuk la bekas teman lelaki Barbara. dah la baru lepas putus. ia iangat Barbara nak kenakan dia. Dia marah Barbara dengan teruk sekali. sampai Barbara rasa nak menangis. John pun geram tengok Barbara kena marah so dia rentap kolar baju bekas teman lelaki Barbara . 

John : kau pehal nak marah dia ? 
Ex : dah dia nak prank aku 
John : bukan Barbara yang buat ! tapi Holmes ! 
Ex : jangan nak tipu aku la ! 
John : kau tak percaya ! ( tumbuk )
Barbara : dont fight ! (tarik tangan John)

lalu mereka berhenti bergaduh . tanpa disangka-sangka, John mengambil beg teman lelaki Barbara lalu mencampakkannya ke bawah . (masa tu kelas atas) . tapi takde pape la yang hilang.

masa mereka keluar bersama-sama . Baju Holmes tertinggal di bilik karaoke. dia nak pakai baju tu balik. Lalu John , Barbara dan Holmes pun bergegas patah balik. masa Barbara nak tolong carikan baju Holmes dalam bilik karaoke tu , John cepat-cepat tarik Barbara . 

John : jangan masuk . Holmes jumpa baju dia mesti dia tukar baju tu. 
Barbara : ohh , okay :)
Holmes : finally ! Jom John , sebab Barbara dah tolong kita , kita bawa dia ke kedai kpop yang kita jumpa bigbang tadi 
John : Jom !

dorang pun berjalan-jalan dan bersembang dengan happynya ! 

tahun berganti tahun ....
Barbara mendapat keputusan yang cemerlang maka dia pun naik kelas . Kini , dia dan John berlainan kelas . 
John bagitahu adik dia yang dia sukakan Barbara . Jadi dia minta tolong adik dia si Nelly ni pikat Barbara untuk dia. Dia pun minta tolong kawan baik si Barbara , Perry. Tapi Barbara ni terlalu susah untuk dipikat . 

Perry tanya John , apa yang dia suka sangat kat Barbara ni ? 
John cakap Barbara comel, cantik , memahami dan awesome ! 
Si perry pun bagi la tahu kat Barbara . tapi Barbara tak percaya.
Hampir berputus asa, akhirnya John pun mengaku sendiri dekat Barbara. 
Barbara minta diberikan masa untuk berfikir. dia taknak buat keputusan melulu. 

keesokan harinya , 
Barbara minta pendapat kawan nya yang pernah bercinta dengan John . lalu kawannya bukak cerita lama . sebab kenapa dia putus dengan John dulu .... mereka putus sebab John bukan suka dia pun. dorang memang la bercinta tapi John suka Barbara ... kawan Barbara kata , " kalau kau taknak kena kejar seumur hidup Barb, terima lah dia. Dia betul-betul cintakan kau " perry pun bagi galakan . 

akhirnya , 7 march tu , Barbara terima la cinta si John .
sejak dari tu ............................. mereka agak bahagia walaupun janggal . ye la kawan baik dah 2 tahun tetiba bercinta . masa tu John tade phone. susah nak contact. pastu John sanggup curi-curi pakai phone tanpa diketahui parents dia. tapi dorang tak selalu mesej pun. 

entah kenapa kan , 
John dan Barbara dah jarang berhubung. Barbara mula rasa tertekan . Dia selalu menangis . John menyepi macam tu je. ada yang kata kalau lelaki buat macam tu maknanya dia dah mula bosan. Tapi Barbara dah mula sayang John. dia taknak mereka putus macam tu je. Kalau betul John dah bosan dengan dia, John perlu berterus terang . Tapi sebolehnya dia taknak putus.
Dekat sekolah , John tak tegur Barbara pun. dia buat Barbara ni macam tak wujud. sedih hati Barbara. 
Barbara cuba berfikiran positif. Mungkin John ada masalahnya sendiri :')
Barbara cuba jadi kuat . Dia pasti semua yang berlaku ada sebabnya. 

sambung .... (ada ke ? tak tahu lah) 

p/s : saje nak guna nama omputih . nanti takut ada orang perasan :( hahahaha 
enjoy !!!!!!!

Labels: , ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥