orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Warkah Terakhir - Rosly Dhoby






Assalamualaikum .. 

Siapa ada astro ? Korang pernah tengok tak cerita ni ? 
Okay , for sure ni drama sejarah . Tentang Rosly Dhoby yang ingin menuntut kemerdekaan untuk negeri Sarawak yang masa tu dijajah oleh British . Thanks pada siapa yang donwload drama ni kat youtube . Terima kasih sangat-sangat yaa :)




- Beto Kusyairi comel !!! - 


Sebab utama aku tengok drama ni kerana pelakon utama nya ialah Beto Kusyairi :) Terima kasih wikipedia . 
Beto bawa watak utama iaitu Rosly Dhoby . 

Kalau tengok cerita ni memang sampai mengalir air mata wei :'( sedih sangat . Well , bayangkan remaja berumur 17 tahun mati ditali gantung kerana disabit kesalahan membunuh gabenor British , Sir Duncan George Stewart. Padahal , he's juvana k . Kalau nak tahu kenapa dia kena 
hanged to death, tengok la drama dia . Kat astro citra tapi tatau la ade lagi ke tak . Kalau takde boleh tengok kat youtube . 

Secara peribadinya , drama ini benar-benar membangkitkan semangat patriotisme dan sekaligus berjaya mengangkat tokoh pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhoby.

Lakonan Beto Kusyairy sebagai Rosli Dhoby yang telah membunuh Sir Duncan George Stewart di Sibu pada 3 Disember, 1949 telah membawa Sejarah Perjuangan Kemerdekaan ke peringkat yang sangat bermaruah. Kenapa erk kat sekolah aku tak belajar pasal tokoh Rosli Dhoby ni. Aku dah baca banyak buku sejarah tapi aku tak pernah lagi membaca riwayat tentang Rosli Dhobi yang begitu menyayat hati. Sik sangka Rosli seorang yang berjiwa besar ya . 


- Keluarga Rosly Dhoby dalam drama Warkah Terakhir -

Perjuangan yang akhirnya diakhiri dengan kematian di Tali gantung, benar-benar memberi kesan sehingga kini. Rasa-rasanya ada lagi tak remaja macam aku yang mampu menjiwai semangat yang dimiliki Rosly Dhoby ? Harap-harapnya drama ni difilem kan . Boleh la aku beli :D 


- Para pelakon yang memegang watak sebagai ahli² Rukun 13 -

"Rosli Dhoby was a sixteen year old young malay-melanau student who with much panache and ado, had thrust a melanau blade into the abdomen of the newly arrived British Governor Sir Duncan Stewart George, in protest of the cession of Sarawak to the British government. Rosli, at 16, was hung to death 4 months after the event. Imagine that...16 years old. What would we know at 16?"(Wan Hasliza,Pengarah Warkah Terakhir)

Berikut adalah warkah terakhir Rosli Dhobi

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya. 
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D. 
- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.
 Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi. 
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka. 
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda. 
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak. 
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB) 
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda. 
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda. 
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.

Dan didalam kisah Rosli terselit watak seorang wanita yang dicintainya iaitu Ani binti Ali yang tidak dapat disatukan. Sehingga kini beliau tidak berkahwin. Cinta mereka terhalang kerana kehidupan dan kematian.



- Hajah Ani binti Ali - 


Adakah cinta kita sekuat mereka ?.... Cinta juga tak semestinya bersama . Till death do us apart ! ! !

Tribute Khas Buat Pejuang Rakyat " Allahyarham Rosli Dhoby - Pahlawan Sarawak



Rosli Dhoby – Rakyat Sarawak pertama yang dihukum gantung sampai mati. Waktu itu, umurnya baru 17 tahun !

Selepas digantung pada 2 Mac 1950 bersama 3 lagi rakannya seperjuangannya ( Morshidi bin Sidek, Awang Rambli & Bujang Suntong ) , mayat beliau dikuburkan di dalam penjara. Hanya selepas beberapa siri permintaan, permohonan dan rayuan dari pihak keluarga, pada 1996 barulah kubur tokoh-tokoh ini dikeluarkan dari penjara dan dikuburkan sekali lagi dengan cara terhormat.

Rosli Dhoby – Al-Fatihah.


Drama tentang sejarah sebanyak 8 episod yang paling berkesan kat hati aku setakat ni . Well done Beto Kusyairi and semua yang terlibat ! ^^ Good job 

credit : mynuansa  & wargamarhaen

Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥