orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Tips & Panduan Memilih Buku Rujukan

Assalamualaikum semua :)



Okay, tentunya pelajar-pelajar yang bakal menduduki exam terutama peperiksaan penting seperti -UPSR, PMR/PT3, SPM dan lain-lain akan membeli buku rujukan. 
Kini, terdapat pelbagai pilihan buku rujukan di pasaran. Ada nota poket yang comel-comel tu and ada yang tebal macam kamus. So korang nak pilih yang mana? 

 Nota padat? simple jer?

tbh, tak semua buku yang dijual tu nota dia memang padat. Ada yang buku rujukan tu macam buku teks. Ada juga yang dia bagi nota seriusly simple gila! Simple tak semestinya lengkap. Contohnya buku rujukan Sejarah . Ada sesetengah buku yang dia bagi nota sangat-sangat simple tapi tak lengkap. Paper Sejarah biasanya ada tanya soalan yang nota-nota kecil kat tepi muka surat buku teks Sejarah tapi dalam buku rujukan tak include kan benda tu so still kena selak buku. 
So, kena pandai pilih ! jangan risau belek-belek je dulu sebelum beli tu , kalau orang kedai tu tak bagi belek-belek korang cari je kedai lain. haha tak rugi pun ;)

 Buku yang dicadangkan? 

Ada sesetengah kedai buku macam Popular dan MPH bookstore baru-baru ni aku pergi, dia akan/dah siap-siap letak tag yang bertulis 'Buku yang dicadangkan / the book is recommended' kat buku rujukan tu. Korang mesti faham maksud tag tu, jadi, kalau kita dah yakin buku yang dicadangkan tu pun sesuai dengan kehendak kita so just grab it. sometimes tak semua yang dicadangkan sesuai dengan kita, kan.

 Harga? 

Memang diakui kebanyakan buku rujukan harganya agak mahal. Sekitar RM 10 keatas . Lagi-lagi kalau dia campur syllabus for UPSR (4-6) , PMR/PT3 (1,2,3) & SPM (4 &5). Jadi harga juga merupakan salah satu faktor yang perlu dilihat semasa membeli. 

 Mudah difahami? 

Ada buku rujukan yang nota dia buat dalam bentuk peta minda. Peta minda mesti pening nak faham kan . Hohoho, kalau korang tak faham peta minda tu, takpayah la beli buat penat paksa otak nak faham . Beli yang biasa je. Okay :)

 Bahasa? / Dwi-bahasa?

kalau cikgu korang mengajar guna bahasa inggeris, kalau korang tak berapa faham apa yang cikgu korang ajar sebab dia guna bahasa inggeris, sangat-sangat digalakkan korang beli buku rujukan yang dwi-bahasa. kebanyakan sekarang dah dwi-bahasa. jangan korang tak faham bahasa inggeris tapi sebabkan cikgu ajar bahasa inggeris korang pun pi beli. tu buku korang yang nak baca & faham yee . 

 Kbat!

Kat sekolah sekarang dah guna KBAT/HOTS. Pilih buku rujukan yang pakejkan KBAT/HOTS ni tau! sangat-sangat penting sebab exam nanti ada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi/High Order Thinking Skills. 

setakat ini je faktor yang aku fikir sesuai diambil kira ketika ingin membeli sesebuah buku rujukan yang ada melambak dipasaran. Memang agak susah kalau kita nak beli buku rujukan yang bagus kalau tak kira bajet betul-betul. And kena banyak buat research buku apa yang bagus. Jangan bila dalam bookshop jadi rambang mata sampai kita terbeli lebih dari bajet kita. sometimes bila tengok classmates pakai buku ni kita pun nak beli padahal dah ada satu. So, buat keputusan bijak , okay! :)

cons; tips aku sendiri. 1) aku potong kertas kajang kecil-kecil (bentuk petak) dan buat nota sendiri depends buku teks & buku rujukan. bila 2 bab yang kecil/sikit aku akan kepilkan sekali. tulis setiap tajuk & bold kan kata kunci bila buat nota baru senang nampak. kalau taknak nampak tebal, tulisan kena jaga & kemas. dan kecil. kekeke
2) aku lipat kertas kajang menjadi 2 sides & depan belakang. tulis nota ringkas macam biasa. boleh ikut tips no.1 tadi.

p/s : tapi sekarang PMR dah takde . tapi yang pbs/pbsmr/PT3 boleh guna jugak . Selamat Berjaya, Salam Ukhwah!

Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥