orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

tips cepat tidur & kesan tidur lewat malam

assalamualaikum :)


Jam telah menunjukkan pukul 3:01 pagi . Semua orang pasti sudah hanyut dalam mimpi-mimpi indah :) tapi aku masih disini menaip untuk kalian . 

tapi itu memang satu kenyataan . aku tertanya-tanya pada diriku , "kenapa aku selalu tidur lewat eh ? ada peyakit ke ?" bla bla ... 

nak tahu tak kesan tidur lewat malam ?

Siapa sini suka tidur lewat malam ? ? ?
aku merupakan manusia yang suka jadi kelawar malam dan kali ini aku nak beritahu kesan–kesan yang berlaku kat diri aku dan mungkin juga ada pada anda akibat daripada tidur lewat malam .

TAK CUKUP TIDUR

Haha , sah-sah la kan . Bagi yang masih belajar atau bekerja tu , malam ni dah tidur lewat esok nak bangun awal pulak pergi kelas dan kerja . Berapa jam je dapat tidur ? Kesan tak cukup tidur dan tidur lewat malam ni sama saja sebenarnya . Tapi kalau cuti boleh la rilex .... takde hal

TIDAK CERGAS (Kesihatan)

Tidur malam sangat penting untuk kita kekal cergas , macam mana sekalipun kita berjaga waktu malam sehingga subuh dan tidur secukupnya pada waktu pagi hingga ke tengah hari . (tidur selepas subuh kan tak elok juga) . Tidur lewat boleh buat tekanan darah jadi rendah . Bagi perempuan , ada orang cakap , tidur lewat ni boleh menggangu kitaran haid korang . :o

BERKEMUNGKINAN AKAN MENGALAMI MASALAH TIDUR

Kalau anda tak ada masalah tidur sebelum ini dan tetiba mengamalkan habit tidur lewat malam , anda berkemungkinan bakal mendapat masalah tidur seperti Insomnia atau Hypersomnia .

GANGGUAN MENTAL , EMOSI DAN FIZIKAL

Tidur lewat malam boleh jadikan kita GEMUK (sebab tengah malam selalu lapar) dan susah nak KURUSkan badan (reaksi dalaman badan kita) .
Dari segi emosi pula , mereka akan jadi lebih pemarah , mood tak menentu (sway) dan macam-macam lagi emosi negatif (tak kan dapat positif la)
Tak perlu nak siapkan kerja sampai lewat malam sebab apa yang bakal anda korbankan apabila tidur lewat malam ialah mental yang akan jadi lembab dalam erti kata lain , B.L.U.R . (PERCAYALAH !)

SENANG DAPAT PENYAKIT DAN LAMBAT SEMBUH

Memang senang dapat penyakit dan susah nak sembuh selagi anda mengamalkan habit ini . Kurang tidur dan lewat tidur ini juga akan memberi kesan apabila kita sudah tua kelak (kata doktor) . Sekarang tak nampak sangat , nanti dah tua baru tahu

Jadi moh kita cuba elakkan tidur lewat

credit : sherylelife


Okay ni Tips Cepat Tidur 

maybe lepas korang try tips kat bawah ni dapat la mengurangkan masalah tidur lewat korang tu :)

1- Baca buku yang membosankan ... korang janganlah time dah susah nak tidur tu korang pergi layan novel romantik yang asyik lagi syahdu tu kan . kalau gitu memang berzaman la korang nak tidur. Silap-silap sampai ke subuh korang layan novel tu sebab nak tahu sangat ending hero dengan heroin tu . aku sarankan korang kalau nak cepat tidur baca buku macam buku panduan penggunaan kalkulator, yellow pages takpun kalau aku lah kan aku prefer baca buku teks kemahiran hidup. Hehe

2- Kira bintang-bintang ... selalunya orang kira kambing takpun bulu biri-biri kan . haaa cara ni memang selalu dipraktikkan oleh orang ramai.. kira bintang ni free of charge . tapi kalau duduk dalam rumah pangsa / flat memang korang tak dapat la nak guna tips ni . Tapi kalau yang lucky dari tingkap boleh nampak bintang , boleh la kira . Kalau tak , korang cancel je tips yang no.2 ni :D

3- Minum air milo ... minuman yang berasaskan koko ataupun chocolate ni memang mengantukkan sikit. Aku pun tak tau kenapa tapi aku gunakan teori warna air tu yang gelap menyebabkan pandangan mata kita pun start gelap pastu mula lah dia rebut-rebut nak pejamkan mata plak kan . tapi kenapa ibu-ibu suka sediakan air milo pada waktu sarapan ? memberi tenaga kata iklan ... -.-

4- Dengar lagu instrumental yang syahdu lagi tenang ... korang taip jer kat Youtube mesti ada nanti lagu-lagu tenang camtu... pastu download dalam phone takpun mp3 kan pastu masa tengah landing atas katil tu dengar la lagu-lagu camtu . Korang janganlah pulak pergi masukkan lagu yang rancak macam lagu rap , kpop ke  takpun apa-apa je la sebab kan nanti korang bukannya tidur silap-silap buat step dancing plak atas katil . nanti mula la nak salahkan orang lain bila bangun lewat lagi .

5- Khususkan katil just tempat untuk tidur ... korang kena pastikan katil tu just tempat untuk tidur . set mind !!!! katil hanya untuk tempat tidur.. korang jangan sesekali buat homework atas katil, tengok movie atas katil. letak buku-buku atas katil . haaaa yang ni memang akan jadi masalah sebab nanti korang tak boleh set mind yang katil tu tempat tidur sebab korang dah buat macam-macam aktiviti atas katil tu .(gila la serius nada aku kan).

6- Cara yang ni bahaya sikit tapi boleh diamalkan untuk kanak-kanak yang degil taknak tidur tu. minum ubat batuk ... sebagai manusia yang waras aku harap korang tak amalkan lah tips ni... walaupun kaedah ni berkesan tapi takde pekdahnye kalau tetiba esok korang bangun rupa-rupanya korang dah siap kena bungkus dengan kain kapan pastu ade pulak bau-bau kapur barus sikit . pergh mintak dijauhkan . amin

7- dah tak boleh tidur sangat tu , pergi la sembahyang sunat . takpayah buang masa . dapat pahala pulak tu

okay , jom try !

credit : iekahmokri







Labels: ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥