orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Satu Cerita - # part 4




Assalamualaikum ... 

Nita rasa bosan . Setiap kali dia online facebook nya akan penuh HOME dengan madah-madah cinta . Geli gelaman rasanya . 

Entah kenapa dia rasa cintanya sudah mati. Memang dia takdapat menerima dan melihat orang bercinta sebab baginya mereka hanya membuang masa . 

Dia tahu semua orang berhak merasa kasih sayang . Dicintai dan mencintai tetapi kenapa diantara perkara itu mesti ada penipuan ? 

Nita bukannya seorang gadis cantik tetapi dia dikategorikan seorang yang comel dan mempunyai perwatakan yang menarik . Ramai juga yang menaruh hati pada Nita tetapi Nita tetap selamber kerana dia seorang yang memilih . Pernah dua orang lelaki iaitu Akim dan Azhar menyukainya dan bergaduh kerana berebut akan Nita , tetapi apakan daya , Nita memilih Akim kerana Akim seorang yang mampu buat dia tersenyum dan seorang yang suka mengayat . Nita tak sangka ... Akim hanya mempermainkannya . Nita sedih . Walaupun sudah berpisah diatas kehendakknya sendiri , sehingga kini Nita diam-diam masih punya hati pada Akim . Namun dia pasti , Akim tak mempunyai perasaan sepertinya untuk dirinya :') 

Setelah itu , tuhan telah mentakdirkan dua orang lagi lelaki yang menyukainya iaitu Haris dan Roy . Haris ialah seorang kawan kepada Nita tetapi entah macam mana Nita sendiri tak pasti mengapa Haris menyukainya . Roy pula seorang yang baik dan nampak setia . Tetapi Roy tak mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Nita . Jadi Nita memilih Haris sebagai teman barunya . Pada awal hubungan mereka , nampak seperti dua insan yang memang ditakdirkan bersama namun entah apa puncanya Haris menjalin hubungan dengan perempuan lain . Hancur hati Nita . Tapi Haris tak pernah memutuskan hubungan mereka kerana dia sebenarnya masih sukakan Nita. Pelik benar perasaan nya . 

Sebenarnya terlalu banyak lagi kisah percintaan Nita bersama lelaki yang pernah ada dalam hatinya tapi terlalu perit untuk diceritakan . Biarlah Nita saja yang mengetahuinya . Sejak itu lah kepercayaan nya pada cinta sejati semakin pudar . Tapi dia masih yakin dia berhak untuk diCintai sepenuh hati oleh seorang lelaki yang benar-benar ikhlas dengannya . 

p/s - cerita rekaan semata-mata k :)

Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥