orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Sajak FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN



Assalamualaikum ...


FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Maka seorang pujangga pun berkata,
 "adalah dadah itu musuh utama negara
  adalah dadah itu perosak jiwa
  adalah dadah itu pembunuh semata-mata."

Hari ini,
  angkara dadah telah mati seorang negarawan
  angkara dadah telah mati seorang seniman
  angkara dadah telah mati seorang olahragawan
   angkara dadah telah mati seorang jutawan
   angkara dadah telah mati seorang sasterawan
   angkara dadah telah mati seorang ilmuwan
   angkara dadah telah mati seorang wirawan.

 Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia
  kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga
   kau racun dalam khayal yang tidak terduga
   seperti tercatat dalam sejarah
  jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
   oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu
   kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

  Tuhan,
  bekalkan aku kudrat iman yang tulus
  untuk melewati lorong hidup
 yang penuh onak dan duri
  juga gelombang di laut masa depan
   dewasa mengejar cita-cita
 tegar memburu negara jaya.

   Sahabat segenerasiku,
   rimba di depan kita masih luas terbentang
   mari kita pilih jalan lurus ke syurga
   bukan lorong hitam ke neraka.


Tema : 


  • Dadah membawa kemusnahan kepada banyak pihak



Nada :


  • Sinis 


Maksud : 

Rangkap 1 : Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian.


Rangkap 2 : Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang.


Rangkap 3 : Dadah telah menghancurkan institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah.

Rangkap 4 : Dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan, penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.

Rangkap 5 : Nasihat penulis ialah masih banyak cabaran yang menanti pada masa akan datang. Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah.


Persoalan :  



  • Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah.
  • Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.
  • Peranan generasi muda dalam membangunkan negara
  • Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negatif
  • Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji.





Nilai :

  • Rasional Bijak memilih jalan yang baik dan menghindari jalan yang keji.
  • Bertanggungjawab Mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berwaspada dalam kehidupan.
  • Patriotisme : Berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara.
  • Ketakwaan : Memohon petunjuk daripada Tuhan





  Pengajaran : 


  • Sejarah keruntuhan sebuah empayar dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran.
  • Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan.
  • Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah.
  • Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara.
  • Kita perlulah memilih haluan hidup yang betul.






                                          



Gaya Bahasa :



  • Anafora – frasa : adalah dadah itu
  • Metafora – lorong hiduplorong hitamlaut masa depan
  • Sinkope – kaumuku
  • Inversi – adalah dadah itu perosak jiwaangkara dadah telah mati seorang sasterawan
  • Simile – seperti tercatat dalam sejarah

Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥