orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Rosli Dhoby - Pejuang Tanahair Sarawak

Menjejak Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu


Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah. Tapi beliau hanya dikenali sebagai seorang pemberontak yang mati di tali gantung kerana terlibat membunuh Gabenor Sarawak. Kisah sebenar beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.

Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di Raja Brooke,tanpa pondok atau pasantren tiba-tiba muncul anak muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British di atas wadah Islam. Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika itu di bumi Sarawak seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas yang popular sebagai Tok Janggut di Kelantan ,atau sehebat Haji Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang kurangnya seperti Mat Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang sempat berguru dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu itu.

Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang diperintah penjajah itu munculnya seorang anak muda dalam usia 16 tahun yang kalau hari ini nya, masih dibangku sekolah dan tidak pernah faham akan apa itu perjuangan. Itulah pemuda Rosli Dhobi yang menggerakan pergerakan pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.

Mengimbau kembali nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan pengorbanan seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup mengorbankan nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi Islam dan tanahair tercinta.

Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah Sarawak menyerahkan kuasa kepada British, berlaku kebangkitan rakyat menentang kemasukan British ke Sarawak.

Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada Awang Rambli Hamit seorang peguam bertindak berani menulis surat amaran kepada Gabenor baru yang kedua iaitu Sir Duncan Stewart supaya tidak datang ke Sarawak. Surat dari remaja kampong itu tentu sekali dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’. Penjajah Inggeris tidak pedulikan amaran budak kampong itu.

Disember 1949, belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah hasil bumi Sarawak,perutnya terburai di kawasan berhampiran anak sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya bangunan Lembaga Pelabuhan. Barangkali Sir Duncan Stewart ketika itu baru saja samapai ke Sibu melalui jalan air. Pemuda Rosli Dhobi bukan pemuda bacul, amaran telah diberi, dia merasa bertanggungjawab untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum mereka meratah hasil bumi rakyat Sarawak.

Dengan laungan Allahu Akbar, anak muda yang baru berusia 16 tahun itu meluru ke arah Gabenor British itu, tanpa membuang masa senjata ‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas puasnya ke perut Gabenor itu hingga rebah ke bumi. Orang ramai bertempiaran lari. Tentera tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk dengan kejadian yang tidak diduga. Rosli ditangkap ditempat kejadian, dan anda bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu. Gabenor yang parah dibawa ke Singapura untuk dirawat. Tiga hari / seminggu (terdapat pengcanggahan fakta ) kemudian orang berkulit putih itu menemui ajalnya.

Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching. Kesempatan dalam tahanan beliau mengutus surat kepada ibu bapanya menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk keselamatan dirinya dan rakan di dalam tahanan. Dia juga berpesan agar diadakan solat hajat moga diberi bantuan dari Allah.

Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu keputusan pengadilan, tentera Gurkha datang ke rumah kakaknya yang sedang mengandung, memintakan sijil kelahirannya ,katanya untuk proses pembebasan Rosli. Kakaknya tentu gembira sekali dengan perkhabaran tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang dirinduinya akan dibebaskan segera.

Jangkaannya jauh meleset. Surat beranak yang membuktikan adiknya itu baru berusia 16 tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana masih juvana telah dikhianati British. Tarikh lahirnya telah diubah supaya melebihi 18 tahun. Maka layaklah Rosli dijatuhkan hukuman mati. Begitulah qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup hinggalah ke saat ini.

Sebelum dijatuhkan hukuman mati, Rosli sempat mewasiatkan kepada keluarganya dalam surat terakhirnya supaya sentiasa bersabar, berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan di hari baqa’.

Empat puluh tahun berlalu, selepas dijatuh hukuman mati, mayatnya tak dibenarkan dilihat ahli keluarga. Jasadnya terus berada di penjara Kuching walau negara sudah merdeka. Dia masih tak dihargai sebagai pejuang. Hinggalah pada tahun 1996, selepas berbagai desakan, kerajaan membenarkan pusaranya bersama tiga rakan yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di Masjid Sibu.

Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama lebih 40 tahun. Pusara Rosli kosong, tiada tulang rangka, gigi, maupun rambut. Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui tulang rangka, gigi dan rambut.

Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati dibunuh sangat berhajat untuk menatap wajah pemuda yang berani membunuh suaminya itu. Rosli dikatakan tidak digantung, tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor. Di sana kemungkinan dia disiksa, dibunuh, dicincang atau dicampak ke laut, wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Menurut catatan pada batu nisan di makam pahlawan tarikh kematian mereka adalah berbeza. Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman mati pada 2 Mac 1950, manakala peguam dan juga mentor beliau Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.

Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi, Allahyarham Awang Rambli Amit, Allahyarham Bujang Suntong dan Morshidi Sidek. Nudah mudahan mereka termasuk di kalangan para syuhada yang mati kerana memperjuangkan agamaNya.

Kisah di atas diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya khususnya kakak beliau , anak saudara beliau. yang terlibat menggali pusara beliau pada 2 Mac 1996.

credit : wiraislam

Rosli Dhoby Seorang Guru Dihukum Bunuh Semuda 17 Tahun




Rosli Dhoby masih seorang Juvana ketika itu dan tidak boleh dihukum gantung sampai mati, namun akibat dendam membara pihak Inggeris dan keluarga Gabenor British itu, maka mereka mengubah tahun kelahiran Rosli Dhoby dalam surat beranaknya. Sedangkan menurut undang-undang British, seseorang yang berusia dibawah 18 tahun tidak akan dihukum mati atas kesalahan membunuh.

Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13 (mengambil nama sempena 13 rukun dalam sembahyang), dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.

Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


- Baju yang dipakai ketika kejadian -


- En Bolhassan Ainie Dhobie (anak saudara Rosli Dhoby) menunjukkan baju yang dipakai dan warkah terakhir -



Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996 Upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor dan Datuk Adenan Hj 

1. Rangka tulang Rosli Dhoby dan tiga rakan-rakannya tidak dijumpai semasa proses pemindahan sedangkan mereka dikatakan digantung dan dikebumikan di sana.

2. Terdapat dakwaan bahawa mereka dibawa ke London atas permintaan isteri Mendiang Sir Duncan Stewart yang ingin melihat wajah ‘pembunuh' suaminya.

3. Wasiat terakhir Rosli Dhoby telah tertunai iaitu jasadnya ‘Diselimuti Panji Sarawak’ dalam upacara pengebumian semula jasad pejuang berani mati ini di Makan Pahlawan di perkarangan Masjid AnNur Sibu pada tahun 1996.

4. Hanya cap-cap jari milik kedua-dua polis Sikh yang menangkap Rosli Dhoby terdapat pada badik beracun yang digunakan untuk pembunuhan itu.

5. Hajah Ani, kekasih Rosli Dhoby masih belum berkahwin hingga ke hari ini.

6. Terdapat dua badik yang dipegang oleh Rosli Dhoby pada malam sebelum kejadian. Badik-badik itu ditimang-timangnya. Ada yang bertanya untuk apakah badik-badik itu, beliau hanya berkata, sengaja mahu bermain dengannya. Tidak ada maksud lain.

7. Baju putih yang dipakai sebagai pakaian dalamannya semasa pembunuhan itu juga masih disimpan. Pada baju tersebut tersulam kalimah-kalimah berupa mentera perjuangan sumber kekuatan orang Melayu.

8. Selepas kejadian pembunuhan dan semasa perbicaraan, seluruh kampung Melayu di sekitar kampung Pulo, Sibu dan saudara mara yang berkaitan dengan Rosli Dhoby dirundung ketakutan.Pihak polis Kolonial berada di rumah-rumah yang tertuduh dan berkawal di setiap jalan di kampung Pulo dan jalan-jalan masuk ke Kampung Melayu.

9. Pihak Kolonial sememangnya mahu menghapuskan Rosli Dhoby dan keluarganya, itulah kata-kata orang tua-tua. Mereka mencari dan menyiasat dari rumah-ke rumah orang-orang yang dikaitkan atau kerkaitan dengan ahli Rukun 13. Ramai ahli keluarga yang tertuduh berhijrah ke luar Sibu dan Malaysia atas tekanan.

10. Semasa hukuman hendak dijatuhkan, ibu dan bapa Rosli Dhoby, yang berada di rumah adik Pak Dhoby, Pn. Dayang, isteri kepada En Amin telah dibawa oleh 2 trak polis untuk ke Penjara Kuching. Adik kepada Bu' Habibah (Bu' Ibot) yang dikenali sebagai Bu' Idok, tidak berada di rumah tersebut kerana dia telah ke rumah En. Khairul atas sesuatu urusan.

11. Sebaik sahaja mereka berdua pulang ke rumah Pn Dayang, Bu' Ibot sudah di dalam keadaan longlai dan hampir hilang akal. Menurutnya, kepalanya telah diacukan pistol dan dia dipaksa oleh polis Kolonial untuk menyuruh Rosli Dhoby membuka rahsia.

12. Pegawai polis tersebut adalah seorang rapat dan dikenali oleh keluarga Rosli Dhoby bernama Jerry Martin.

13. Terdapat desas-desus juga mengatakan Pn Duncan, tidak mahu Rosli Dhoby digantung kerana umurnya masih muda.

14. Hanya tiga kali pembicaraan di mahkamah Sibu, Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keesokan hari selepas perbicaraan tersebut, mereka berdua dihantar ke Penjara Kuching untuk perbicaraan Rukun 13 dan menjalani hukuman di Penjara Kuching.

15. Pada masa itu, tidak pernah ada hukuman sedemikian dijatuhkan di Sarawak. Peralatan untuk hukuman tersebut terpaksa diimport dari Singapura ke Kuching. Kesemua Ahli Rukun 13 yang dituduh dijatuhkan hukuman buang negeri dan penjara kecuali Awang Rambli dan Bujang Suntong yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sumber:

1. Bu’ Idok, Ibu Saudara Rosli Dhoby
2. En Tahar bin Johnny sepupu Rosli Dhoby
3. En. Bolhasan bin Ainnie Dhoby
4. GaleriPejuangSarawak


- Al-Fatihah -

credit : kasihsalina

Okay , first at all , thanks pada sumber-sumber yang aku copy & paste kat sini . 
Kisah Rosli Dhoby ni ada diselitkan dalam buku teks Sejarah tingkatan 3 bab 6 - Perubahan pentadbiran ke arah berkerajaan sendiri di sarawak . Mukasurat 183. Tapi dalam buku hanya disiarkan kisahnya secara luaran . Kiranya macam tak diceritakan secara lebih mendalam . Kalau nak lebih terperinci kena lah belajar sendiri :) 

Akhirnya , seorang lagi pejuang tanahair aku kenal . 
Terdapat banyak siri cerita yang aku baca . Entah mana fakta autanya aku sendiri tak pasti. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui segalanya yang berlaku dulu , kini dan sekarang . 

Al fatihah ...


Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥