orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

The Slit-Mouthed Woman


Korang pernah dengar tentang lagenda seram Jepun ? Antaranya Hanako si penunggu tandas dan penunggang motosikal tanpa kepala ? Atau Teketeke ? Banyaj sangat lagenda seram kat dunia ni . Lepas je baca komik Warkah Momok - Sugawa Maki aku terus berminat nak cari maklumat tentang lagenda tersebut . Agak menarik . 

Pernah dengar tentang wanita mulut rabit ? Rabit tu apa ? Aku kurang pasti . Tapi dalam komik yang aku baca rabit tu macam mulut koyak or besar something like that laa ~ Im not pretty sure .



Kalau nak tahu kisah dalam komik tu kena beli sendiri la komik tu . Biasanya kat 7 eleven dan Popular Bookstore ada . 

Kalau malas nak pergi kedai buku korang boleh tengok kat youtube full movie pasal Wanita Mulut Rabit ni . 

Walaubagaimanapun ... dalam youtube dan komik tak sama cerita nya . Berbeza sangat . 

Sinopsis komik . 

Izumi seorang budak perempuan yang takut nak buat pemeriksaan gigi. Suatu hari ibunya terjumpa kad kesihatan giginya dan mendapati gigi Izumi banyak rosak . Ibunya menyuruh Izumi pergi membuat pemeriksaan gigi di sebuah klinik yang baru dibuka berdekatan kawasan rumah mereka . Dia agak gementar semasa ke sana . Apabila bertemu dengan doktor pemilik klinik itu yang sangat cantik dan baik, Izumi terus melupakan rasa takutnya. Ketika rawatan dijalankan dia langsung tidak berasa sakit . Esoknya dia masih perlu datang ke klinik pada jam 4 petang kerana ada temu janji di klinik tersebut . Di sekolah , kawan perempuan sekelasnya menceritakan tentang hantu seram iaitu tentang perempuan bermulut rabit. Kononnya siapa yang berjalan berseorangan pada waktu malam akan bertembung dengan seorang perempuan yang memakai kot merah dan penutup mulut . Dia akan menegur orang itu dan bertanya '' Saya cantik tak ? '' Kalau jawab ya dia akan buka penutup mulut dan tanya semula '' macam ni pun cantik ke ? '' Masa tu akan terlihat wajah dia yang sebenar. Mulut dia rabit sampai ke telinga . Dan dia akan rabitkan mulut orang itu guna sabit . Kononnya mulut perempuan tu jadi sebab pembedahan plastik  yang gagal . 
Setelah mendengar cerita itu , Izumi jadi takut . Dalam perjalanan ke klinik doktor itu telah terserempak dengan Izumi dan mereka berjalan ke klinik bersama . Dalam perjalanan itu ... doktor telah bertanya pada Izumi '' pernah terfikir tak nak jadi cantik ? Sekarang ni pun dah comel , tapi kalau mulut Izumi tu besar sikit mesti lagi cantik ! '' Sampai saja di klinik doktor memaksa Izumi membuka mulutnya luas luas . Izumi sudah membuka seluas luasnya tetapi doktor masih tidak berpuas hati. Lalu doktor mengambil sabit . Lantas Izumi menarik penutup mulut doktor itu dan terlihatlah rupanya yang sebenar . Lalu doktor itu bertanya '' cantik tak aku ? '' Izumi yang ketakutan itu terus berlari lintang pukang . Beberapa hari lepas tu , Izumi lalu depan klinik tu dan ianya kosong . Papan tandanya pun sudah tiada . Mungkin doktor tu adalah wanita mulut rabit ? .....

Versi youtube korang boleh tengok sendiri :D 




Labels: ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥