orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Jaga Rahsia HITAM Dalam-Dalam !






Assalamualaikum ..

Semua orang mempunyai rahsia . Jika punya rahsia peribadi , tak usah berkongsi dengan sesiapa pun , meskipun dia teman paling akrab dan sesama jenis . Ini termasuklah pasangan anda . Simpan sahaja seorang diri dan matilah bersamanya . Anda bercerita pada seseorang usah terkejut kalau suatu hari nanti anda dapati kisah itu DIKETAHUI oleh orang lain . 

Silapnya kita terlalu mempercayai dan terlalu seronok bercerita itu ini . Bukannya salah terlalu percaya tetapi adalah lebih baik berpada-pada juga . Hari ini seseorang boleh tidur sebantal dengan kita , besok tidak tahu lagi. Hari ini dia mengaku bersaudara dengan kita , sanggup bersusah senang dalam menempuh apa jua , besok belum tahu lagi . 

Kita tidak selama-lamanya bersama-sama teman-teman karib kita tu. Seerat mana pun seseorang itu apabila terpisah mereka tidak akan dapat berperanan sebagaimana dahulu. Adakalanya seseorang yang rapat dengan kita akan kabur juga . 

Dari Abdullah bin Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda ,
" Orang islam itu saudara orang islam, dia tidak menganiaya dan tidak pula membiarkan teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya , Allah akan menolong keperluannya pula . Siapa yang menghilangkan kesusahan orang islam , Allah akan menghilangkan kesusahannya dihari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang islam , Allah akan menutup rahsianya dihari kiamat kelak. " ( Bukhari )

Boleh Mengkhianati

Rahsia-rahsia peribadi adalah sesuatu yang sangat berharga. Andainya ia sejarah hitam - biarpun anda telah menjadi putih - sejarah hitam yang berada dalam ingatan teman baik anda itu akan kekal . Syukurlah andainya rahsia hitam itu tersimpan terus dalam dirinya tetapi tak mustahil ia diceritakan , plaing dengan teman akrabnya pula . 

Memang ada manusia jujur serta ikhlas dalam persahabatan , tetapi ramainya mereka adalah yang berkepentingan . Tentunya dia bertsatus sahabat bukan , kerana itulah kita menjadikan ia sebagai rakan tetapi mengapa dia mengkhianati kita ? Itu membuktikan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan bersama . Ramai orang runtuh oleh teman yang paling dipercayainya, bukan musuh yang nyata didepan mata. 

Simpan sahaja semua rahsia, jika ingin diceritakan pun carilah seseorang yang boleh memberikan nasihat berguna selepas itu. Misalnya ibubapa , ulama muktabar, juru am yang khas dalam bidangnya. Usah senang-senang mendedahkan rahsia diri kepada seseorang yang kita tak kenali dengan sebenar-benarnya ! 

Dari Abu Said al-Khudri R.A katanya , Rasulullah S.A.W bersabda ,
" Seburuk-buruk tempat manusia disisi Allah di hari kiamat kelak ialah tempat suami yang telah saling percaya mempercayai isterinya, tetapi kemudian si suami membuka rahsia peribadi isterinya sendiri. " ( Muslim )

Kalau Mahu Dedah Rahsia

Jika ingin membuka juga rahsia , pastikan ia dalam kategori berikut : 

- Si pendengar itu adalah seseorang yang tidak anda kenali , sekadar luahan kemudian terpisah . Dia pun tak mengingati anda dan anda juga taktahu dimana hendak berhubung dengannya . Dia boleh jadi seorang hakim . 

- Si pendengar itu adalah seseorang yang terpandang agamanya dan anda terpaksa bercerita untuk mendapatkan nasihat demi keredhaan Allah semata-mata. 

- Si pendengar itu ada pertaliaan darah dengan anda , sebaik-baiknya ibu ayah dan saudara kandung dan rahsia itu pula terpaksa diceritakan untuk mencari sesuatu hakikat atau kebenaran . 

Berbahagialah orang yang didalamnya putih bersih , tetapi manalah ada orang seperti itu , lantaran tiada berbata-batalah tatkala berkata-kata , tidak usah keluar semua sehingga menjadikan luaran turut berwarna gelap ●

Sumber : DR.HM Tuah Iskandar Al-Haj

Labels:


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥