orang sedang golek-golek(s)ㅎㅎ


Instagram
NOTICE ME SENPAI
SYA
[2♡17]-Currently doin Foundation in Law at UITM Dengkil.

$


Assalamualikum! Syahirahyusri - 19 - Blog about : personal life | blog tutorials & stuffs | short stories | girl stuffs


Entry About Link Stuff




Let's Click !



N♡te t♡ self :

The only thing you'll be sorry in the future is to do things without a purpose. Be rich, not only on numbers but focus more on experiences. Be strong, to know that failures are the keys to success. Be kind, it's our responsibility to build a better world. Be thankful, and you'll find happiness in little things. Greater things are waiting ahead, all you need is to believe, look forward and stay positive.

((always keep in touch))

Aku Semakin Remaja



Hati aku dari tadi rasa tak tenang ... 
Tapi ni dah kira suam-suam la . InsyaAllah kejap lagi tenang la tu . Amin 

Aku tahu dah ramai remaja masa kini yang mana sama-sama meniti dunia remaja dengan aku dah takde dara . Atau ringkas nya dah tak suci . Aku bukan nak bajet konon aku baik sangat tapi aku rasa takut dan semakin takut nak membesar . 

Aku bersekolah pun bukan kat tempat yang mana pelajarnya baik-baik sedangkan aku mungkin diantara pelajar tak berdisiplin itu . Jadi mudah terpengaruh bukan . Ya ~ aku masih mampu mengawalnya . Aku masih mampu berfikir waras . Tak terlalu mengikut darah muda bak kata orang dulu-dulu. Tapi sampai bila aku masih mampu tahan godaan ? Sampai bila ? Ya Allah ..

Ayah kata jangan bercinta . Belajar dulu . Mama juga . Tapi aku ... dah ingkar ... aku buat juga . Cinta terlarang . Tapi aku tak pernah buat benda diluar minda . Aku masih cuba elakkan . Elak sejauh mungkin . Sejauh mungkin . Terima kasih Ya Allah kau beri aku satu kekuatan . Iaitu perasaan malu . Tapi sampai bila ? Sampai bila aku mampu menjaga hati dan minda suapaya tak terjebak ? ( bab ni aku tak maksudkan melakukan seks atau berdua-duaan , Aku maksudkan ialah berpegangan tangan atau 'ringan-ringan' )

Aku tak dapat bayangkan ... apa penerimaan kawan-kawan kat aku kalau tahu aku ni dari budak baik sangat ➜ budak baik ➜ dah kurang baik ➜ teruk ➜ semakin teruk :'( Takutnya aku kalau aku jadi macam ni .... aku cuba nak jadi baik sangat . Dulu yea ~ aku masa form 1 boleh tahan la baiknya . Masuk form 2 aku macam ting tong sikit . Bukan aku salah pilih kawan cuma ... aku terlalu inginkan kebebasan . Kebebasan sekejap tanpa diganggu atau dihiraukan oleh sesiapa . Sebab aku yakin aku selamat . Selagi aku mampu berfikir dengan baik dan aku sentiasa ingat Allah , ayah dan mama . Tapi parent aku terlalu ketat kawal aku . Aku rasa lemas dan mencemburui teman - teman aku yang sebaya ... sebab mereka boleh bergerak bebas dengan selamat . 

Ayah , mama .... Anak ayah dengan mama memang degil . Tapi dia masih bersungguh nak belajar . Mencari tempat dihati mama dengan ayah untuk sentiasa dianggap anak yang baik dimata orang . Tapi orang cuma perlukan sikit kebebasan . Sikit je tak banyak . 
Ni orang nak hang dengan kawan tak boleh . Pergi perpustakaan dengan kawan tak boleh . Pergi sekolah pagi pun tak boleh . Apa punya kawal lah ni ketat gila :3 sesak dan lemas dan RIMAS . 
Tapi tanpa mama dengan ayah orang takkan hidup kan . Jadi anak yang baik insyaAllah . Terima kasih atas segala sekatan yang diberikan :) 

Ya Allah , kuatkan lah iman aku . Aku taknak menjadi seperti yang lain. Yang mencari-MU bila mereka perlukan. Aku mahu sentiasa mengingati-MU walau dalam tidurku , YA ALLAH :D 

Labels: ,


Copyright. All rights Reserved | syahirahyusri Official Blog ♥